Bukan senang nak sebenarnya nak menjalankan tanggungjawab
seorang ibu. Apatah lagi apabila terpaksa membesarkan dua orang anak kecil
secara bersendirian selepas melalui proses perceraian yang memeritkan.
Namun, ternyata Rita Rudaini cekal menjalani kehidupan
sebagai ibu tunggal malah tidak keterlaluan kami katakan bahawa pelakon jelita
ini mungkin ibu tunggal terbaik di Malaysia!
Sbgai ibu tiada kata yg bole sy ucapkan bila melihat
‘permandangan indah ini’ melainkan ‘alhamdulillah’…bila ada kesungguhan dan
keikhlasan di hati mu ank2ku,insyaallah..segalanya akan di permudahkan.
Yes. Setakat ini kami nampak Rita memang berjaya menjaga
kedua anak lelakinya dengan sempurna tanpa insan bergelar suami.
Mesti korang cakap semua wanita pun akan layan anak sendiri
macam tu (p/s: by the way ada je jenis parents yang tak ambil tahu pasal anak
lepas bercerai ya!).
Tapi bagi kami Rita Rudaini boleh bagi nafas baru dan
semangat kepada semua ibu tunggal di luar sana. Betul tak?
Credit : http://akudahcakap.blogspot.com