Kepada sesiapa yang
telah menonton filem terbaru Fast & Furious 7 sudah pasti sedikit hairan
dengan watak Brian O’Connor yang boleh dihidupkan kembali dalam filem ini. Paul
Walker yang memegang watak sebagai Brian O’Connor dalam filem Fast &
Furious telah meninggal dunia pada akhir tahun 2013 setelah terlibat dalam satu
kemalangan maut.
Kematian
Paul Walker menyebabkan pihal Universal menunda pelancaran Fast & Furious 7
selama setahun. Paul Walker meninggal dunia pada saat filem Fast & Furious
7 masih dalam penggambaran.
Pihak
Universal tetap memastikan tidak akan memadam adegan-adegan yang sudah
dilakonkan Paul Walker sebelum ini. Dengan teknologi CGI atau Computer
Generated-Imagery, susuk tubuh Brian O’Connor boleh dihidupkan kembali.
Bagi
menjadikan filem ini “real” dengan susuk tubuh sebenar Paul Walker, pihak WETA
menggunakan Cody dan Celeb Walker sebagai pelakon di dalam filem Fast &
Furious 7 ini.
Proses
mengklon watak Paul Walker ini menggunakan beberapa pelakon pengganti. Cody
Walker digunakan untuk meniru gerak tubuh Paul Walker dan Celeb Walker
digunakan untuk pandangan mata.
Teknologi
canggih ini bukan pertama kalinya digunakan dalam dunia perfileman Hollywood.
Pada tahun 2000, filem Gladiator juga mengalami hal serupa. Aktornya Oliver
Reed terkena serangan jantung semasa penggambaran dan
secara automatik mereka menggunakan teknik CGI sebagai jalan keluar yang
tepat. Hasilnya pun tidak jauh berbeza dari watak asal.
Credit : http://akudahcakap.blogspot.com