Kalau korang ingat sebelum ini kami pernah kongsikan foto
majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja anak Sultan Brunei iaitu YTM Paduka
Seri Duli Pengiran Muda Putera Abdul Malik dan isterinya, YAM Pengiran Anak
Isteri Pengiran Dayangku Raabi’atul ‘Adawiyyah.
Namun disebalik kemeriahan perkahwinan tersebut, ramai
tertanya-tanya siapakah gerangan wanita yang berjaya memikat hati anak Sultan
Brunei ini. Siapa sangka gadis yang bertakhta di hati Putera Abdul Malik ini
pernah mencapai gelaran Pembaca Al-Quran Terbaik Muslimah (Best Muslimah
Al-Quran Recital) di Indonesia pada tahun 2013. (Skip minit ke 15)
Hal ini dikongsikan sendiri oleh Putera Abdul Malik yang
meluahkan rasa kagum dengan pencapaian dan sikap peribadi isterinya.