(Video) Wanita Dalam Video Pukul Anak Tanpa Belas Kasihan Ditahan Pihak Polis | IPOH: Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ipoh hari ini telah
berjaya menahan seorang gadis berumur 17 tahun dipercayai ibu bayi malang yang
dipukul tanpa belas kasihan.
Video kejadian kejam yang berdurasi 48 saat tersebut telah
menjadi viral dilaman sosial sejak beberapa hari lalu dan juga disiarkan di
laman Facebook milik Siakapkeli sendiri.
Didalam video tersebut memaparkan kelibat bayi tidak berbaju
dan hanya memakai seluar panjang berwarna kekuningan masih meniarap menangis
akibat dipukul seorang wanita.
Berikutan penyebaran video tersebut, saudara suspek sendiri
telah membuat laporan polis pada 19 April lalu,
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong
berkata, sisatan kini sedang dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta
Kanak-Kanak 2001.
"Polis sudah kenal pasti suspek iaitu seorang perempuan
berusia 17 tahun yang juga ibu kepada mangsa," katanya.
Update: Alhamdulillah,
wanita tersebut telah ditangkap polis