-->

(5 Gambar) Sekitar Majlis Akad Nikah Lana Nodin, David Mckenzie Yang Sungguh Meriah


Tepat jam 10.36 pagi akhirnya pelakon Lana Nodin atau nama sebenar Mazlina Hasan Nodin 35, telah pun selamat diijabkabulkan dengan pasangannya iaitu David McKienzie atau nama Islamnya Mohd Daud McKienzie 35, dengan sekali lafaz sahaja.

Pasangan ini telah selamat dinikahkan oleh Mohd Ramizi Ramli Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid Al Islah Serdang Raya, Seri Kembangan dan diwalikan oleh ayah kandung Lana sendiri, iaitu Encik Hasan Nodin bin Mohd Zaidi dengan mas kahwin bernilai USD10000 atau RM 32000. Manakala wang hantaran dirahsiakan.

Pihak perempuan menerima lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak lelaki. Pihak lelaki memberi 5 dulang hantaran, Manakala pihak perempuan, membalas 7 dulang hantaran.


Majlis yang dihadiri keluarga dan tetamu yang terdekat ini telah dijalankan di Hotel Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan Selangor.







-->