Sekitar Ogos tahun lalu pelakon Rita Rudaini menerusi
peguamnya memfailkan tuntutan mutaah berjumlah RM300,000 terhadap bekas suami,
Aidil Zafuan.
Namun menerusi perbicaraan petang semalan, Aidil mengakui
tidak mampu membayar tuntutan mutaah tersebut sambil menyifatkan Rita tidak
layak menerimanya atas beberapa sebab.
1. Rita tak terima ibu bapa Aidil
Menurut Aidil sepanjang
perkahwinan mereka, Rita tidak pernah mengikuti pulang ke rumah ibu bapanya.
Sepanjang tempoh perkahwinan dia tidak pernah mengikuti saya
pulang ke rumah ibu bapa.
2. Ibu bapa Aidil perlu ke Damansara jika mahu bertemu cucu
Tambah Aidil lagi, Rita turut mengenakan syarat sekiranya
ibu bapa Aidil ingin berjumpa dengan anaknya, mereka perlu datang ke rumah di
Damansara.
Pada permulaan, saya terpaksa ikut demi kerukunan rumah
tangga tapi lama kelamaan saya rasa plaintif mula membelakangi suami dengan
membuat keputusan sendiri.
3. Gagal laksana tanggungjawab isteri dengan baik
Pada masa sama Aidil mendakwa Rita gagal melaksanakan
tanggungjawabnya sebagai isteri yang baik. Kebanyakan kerja rumah dilakukan
oleh pembantu rumah
Rita jarang memasak kerana urusan peribadi dan kerjaya.
Sekiranya ibunya datang ke rumah kami, ibunya yang menyediakan masakan untuk
kami sekeluarga.
4. Hebah soal rumah tangga di media
Tambah Aidil, Rita sering mendesaknya dan menggunakan media sebagai medium menghebahkan
masalah rumah tangga.
Ini merupakan satu penghinaan sekali gus menjatuhkan maruah
saya. Disebabkan sikapnya itu saya menjadi tawar hati dan hubungan kami semakin
renggang sebelum bertindak keluar daripada rumah kelamin.
5. Aidil tanggung nafkah anak mereka
Nafkah kedua anaknya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa
Arjuna turut ditanggung Aidil. Malah menyediakan peruntukan dengan membuka
akaun simpanan untuk mereka