Disebalik pernikahan tersebut rupanya tersimpan pelbagai
perkara menarik yang mungkin tidak diketahui umum antaranya ialah sudah saling
kenal mengenali sejak 17 tahun yang lalu!. Rupanya masa buat pengumuman tempoh
hari Fahrin sudah memberikan clue iaitu mereka jarang berjumpa. Patutlah,
isterinya bekerja sebagai pramugari. Lepas ini jika ada sebarang masalah
berkaitan undang-undang, Fahrin tak peru lagi mendapatkan khidmat consultation
daripada peguam lain. Si isteri kan ada hurm.
Kalau dah jodoh tak ke mana kan? Menurut Fahrin, dia
mengenali Elena ketika menuntut di Matrikulasi Undang-Undang dan Fakulti
Undang-Undang di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam. Menurut Fahrin mereka
tidak pernah berhubung sejak 17 tahun yang lalu. Wah bukan main lama! Tambah
Fahrin mereka hanya kembali berhubung sejak beberapa bulan yang lalu dan ianya
semakin serius hingga mengambil keputusan untuk berkahwin. Pasangan ini memilih
untuk tidak mengikat tali pertunangan sebaliknya sekadar pertemuan mengikut
adat dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri keluarga terdekat masing-masing. Hanya mas kahwin RM80 dan sebentuk cincin
untuk pasangan masing-masing.
Untunglah nak celebrate birthday dengan anniversary nanti
senang! Pandai Fahrin pilih tarikh ye. Yang ni agak kecewa sebab masing-masing
teruja menantikan siapa calon isteri Fahrin. Sepatutnya perkara seperti ni tak
terjadi tambahan Fahrin seorang selebriti yang diminati ramai. Hasil tinjauan
kami peminat bangun awal pagi menantikan live stream seperti yang dijanjikan
oleh Fahrin. Namun ianya bertukar hampa sebab video tak boleh tengok.
1. Kahwini Ketua Pramugari Emirates Airline
2. Bekas Peguam, “Seorang Yang Bijak” kata Fahrin
3. Kenal ketika belajar di Matrikulasi & UiTM
4. Pernah berkenalan 17 tahun yang lalu
5. Tidak bertunang
6. Hantaran dirahsiakan
7. Tarikh lahir & tarikh kahwin sama
8. Buat Live Stream tapi tak tak boleh
9. Peminat teruja bangun awal pagi walaupun cuti!