Beberapa hari lepas pelakon kacak Fahrin Ahmad mengumumkan
akan berkahwin dengan pilihan hatinya pada 9 Mei ini.
Ramai yang tertanya-tanya identiti bakal isteri Fahrin Ahmad
yang akan dinikahi pada Sabtu ini. Fahrin telah menjelaskan yang bakal isterinya
bukan dari golongan selebriti, sebaliknya hanyalah wanita biasa.
Melalui carian admin di laman sosial seorang wanita jelita
yang di kenali dengan nama Nadia Adha adalah insan yang paling rapat dan mesra
dengan Fahrin beberapa keping gambar mereka berdua bersama yang kelihatan
begitu mesra menguatkan lagi bahawa Nadia adalah bakal isteri Fahrin.
Namun identiti gadis bertuah itu hanya akan diketahui pada
majlis pernikahan yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit
Kiara. Kata Fahrin Ahmad:-
Ramai gadis-gadis di luar sana yang melahirkan rasa sedih
mendengar berita pernikahan Fahrin Ahmad ini. Apa pun, respek Fahrin kerana
berjaya menyorokkan percintaannya sehingga tidak dapat dihidu oleh media.
Tup-tup nak nikah dah.Tahniah Fahrin. Tak sabar nak tengok wajah bakal isteri
anda Sabtu ini.
Jika benar lah insan yang betuah itu Nadia maka tepat lah
sangkaan admin yang dah tak ubah seperti nujung pak belalang,Semoga segalanya
berjalan lancar.