Produk Sendayu Tinggi mendapat tempat di kalangan penggunanya
kerana keberkesanan produknya. Siapa tidak kenal pengasasnya Puan Rozita
Ibrahim.
Kisah benar pendedahan gaya hidup Pengasas Sendayu Tinggi,
Pengasas Sendayu Tinggi, Puan Rozita Ibrahim. Semasa berbual-bual dengan beliau
tempoh hari, beliau berkata…
“Ketika simpanan saya ada RM 8 juta di dalam bank, saya
masih memandu MyVi. Sekarang pun saya lebih selesa memandu Toyota Prius dari
rumah ke pejabat. Handbag saya pula hanya berharga RM 200 dari Guangzhou!”
Sambung beliau lagi….
“Bagi saya, kecantikan wanita itu pada ‘otaknya’. Apa guna
pakai barang-barang berjenama tetapi tiada ‘otak’ dan malas berusaha”
_________________
Dengan keadaan kos hidup yang semakin meningkat ketika ini,
kata-kata Puan Rozita walaupun singkat namun wajar menjadi ikutan dan
memberikan motivasi kepada semua.
Semoga dengan pendedahan ini menjadi semangat buat
peniaga-peniaga melayu yang baru menapak dalam bidang perniagaan.