Dicekik hingga mati di Penarik, Terengganu sebelum mayatnya
dibawa sejauh 450 kilometer hingga ke Cyberjaya, Selangor. Mayat itu kemudian dicampak ke dalam kawasan
belukar di bawah jambatan susur keluar Putrajaya ke Pulau Meranti. Itu
sebenarnya yang berlaku kepada Rosshida Abdullah, 30, juruwang restoran yang
mayatnya ditemui oleh orang awam pada Rabu lalu.
Suspek yang dipercayai tunang mangsa dikatakan tekad
melakukan perbuatan itu kerana cemburu dengan kehadiran orang ketiga dalam
hubungan mereka.