Ibarat bulan jatuh riba. Mungkin itu perumpamaan yang paling
tepat dan sesuai untuk menggambarkan kisah menarik gadis Melayu berusia 23
tahun yang berjaya mengahwini jejaka Korea ini.
Siapa sangka bertemu buat pertama kali ketika ditugaskan
untuk menjaga pelajar antarabangsa menerusi program ‘exchange student’, Fadhi
dan Aiman Kim Je Young akhirnya berkahwin beberapa bulan kemudian.
Namun di sebalik perkahwinan tersebut, banyak cerita menarik
dan kelakar yang dikongsikan oleh Fadhi sendiri menerusi laman blognya. Kami
yakin korang mesti tersenyum sendiri bila baca nanti. So sweet!
Menurut
Fadhi selepas sebulan berkenalan, hubungan mereka bertambah rapat dan Kim
memberitahu hasrat hatinya untuk menikahi Fadhi.
Ibu bapa Fadhi pada awalnya tak percaya dengan apa yang
dikatakan oleh Kim namun 3 bulan kemudian mereka berdua melangsungkan
pernikahan yang dilakukan secara kecil-kecilan.
Sanding pun belum lagi sebab masing-masing busy. Ini kisah
bagaimana mereka berkenalan.