-->

Mewahnya!! Hadiah Mewah Suami Buat Lana Nodin Yang Sungguh Mengejutkan


Tidak terlewat untuk kami mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat Lana Nodin dan suaminya Daud McKienzie.

Lana Nodin, antara wanita yang paling bertuah sekarang apabila beliau telah menerima hadiah berupa cincin berlian bernilai RM 100,000 juga sebuah kereta BMW Sport oleh suami tercinta Daud McKienzie.

Jelas Lana beliau hanya mengetahui mengenai cincin tersebut sewaktu upacara membatalkan air sembahyang sejurus selepas majlis akad nikah.  Ia sebenarnya merupakan cincin idaman Lana yang pernah dilihat oleh beliau sewaktu berkunjung ke Amerika Syarikat beberapa bulan lalu. Dalam majlis tersebut Lana turut menghadiahkan David seutas jam tangan bernilai RM25,000.


Lana yang ditemui di Hotel Palace Of Golden Horses selepas majlis pernikahannya pada pagi Jumaat bagaimanapun merahsiakan jumlah wang hantaran diberi suaminya dan memberitahu telah menyerahkan wang tersebut kepada ibu bapanya.



Semoga Lana Nodin berbahagia bersama pasanganya sehingga ke jannah dan di kurniakan anak-anak yan soleh dan solehah.



-->