PUNCA UTAMA Kenapa Ahli Kelab Myvi FMC Sangat BONGKAK Kini
TERJAWAB !!! |“Pajero berada di sebelah kiri seakan mahu masuk ke kanan,
demikian kata pemandu wanita kereta Myvi, Siti Noor Aini binti Mohd Said, yang
melanggar kereta mangsa jenis Pajero sehingga tercampak keluar dari kereta.
Semasa saya sedang memandu dari Danau Kota menuju ke Mont
Kiara pada jam 1.30 pagi, semasa saya berada di Duke Highway, saya memandu di
lorong kanan. Saya merasakan sebuah kereta jenis Pajero berada di sebelah kiri
seakan mahu masuk ke kanan.
Akibat dari itu, kenderaan saya telah terbabas dan kenderaan
saya hilang kawalan. Selepas itu saya sedar saya berada di atas jalan raya
mengalami kecederaan pada mulut (terkoyak), peha kanan dan tangan kiri, katanya
dalam laporan polis yang dibuat pada 2 Mei 2015, tarikh yang sama dengan hari
lahirnya.