Toronto, Kanada - Gara-gara memiliki sepasang mata unik seperti makhluk asing seekor kucing yang berusia 2 tahun secara tiba-tiba menjadi tumpuan orang ramai.
Matilda (kucing unik) sebenarnya mengidap sejenis penyakit yang dipanggil luxation. Hal itu menyebabkan mata dia membesar dan kelihatan seperti mata makhluk asing.
Menurut tuannya, Meghan pada asalnya Matilda sama sahaja seperti kucing-kucing yang lain ketika Meghan menjumpainya sedang menyorok di sebuah bangsal.
Pada awalnya ia normal, namun setahun kemudian mata kanannya membesar dan sedikit-sedikit mempengaruhi mata sebelah kirinya. Walaubagaimanapun, Matilda hampir buta ia boleh melihat cahaya dan beberapa gerakan. - MeghanMatilda suka dipeluk dan duduk di atas sesiapa sahaja, jelas Meghan lagi.
Sementara itu, menurut seorang pakar haiwan memberitahu bahawa orang ramai salah sangka mengenai keadaan Matilda.
Ramai orang yang melihat gambar Matilda dan menganggap ia berada dalam kesakitan dan perlu diambil dari tuannya, namun sebenarnya tidak perlu. - Pakar HaiwanOleh sebab keunikkan matanya, Meghan mengambil keputusan agar tidak membuat sebarang pembedahan mata terhadap Matilda.
Tak peduli apa yang terjadi padanya, aku fikir ia cantik. Dan lagi, bukankah luar biasa memiliki seekor kucing 'alien'? - MeghanMatilda juga mempunyai akaun instagram @aliencatmatilda dan mempunyai lebih dari 77 000 pengikut.