Kisah ini dipetik dari facebook, si kakak bermegah dengan
pekerjaannya sebagai penjawat awam dan memandang rendah kepada adiknya yang
menjual nasi lemak di tepi jalan.
BACA KISAHNYA:
Kakak aku kerja kerajaan, keluar pukul 6 pagi balik pukul 6
petang. 12 jam kerja. Gaji cecah RM2.8k sebulan. Balik kampung bercakap megah,
ayat berapi dan takabbur dengan adik beradik. Tambah pulak dengan aku yang
kerja berniaga tepi jalan ni.
Tapi kerja setahun dapat pakai kereta myvi SE. Masa nak
enjoy dan keluar melancong memang terhad. Apatah lagi nak ke Makkah. Hidup
terikat dan tak enjoy… Wow hebat tak terhingga.
Aku tak kerja kerajaan, hanya berniaga nasi lemak kukus di
tepi jalan raya. Start kerja pukul 6 pagi sampai 10 pagi. Lepas tu balik tidur
dengan nyenyak. Hanya 4 jam kerja dapat income RM200 sehari paling minima.
Setelah setahun berniaga. Aku pakai honda civic type r jer pun. Alhamdulillah
dah dapat pergi 5 negara termasuk ke Mekah selang 3 tahun sekali.
Dapat beli tanah sendiri, dan hantar mak ayah aku menunaikan
umrah tiap-tiap tahun. Kakak aku tiap-tiap kali tengah bulan mesti col aku nak
pinjam duit. Bukan nak riak… tapi nak cakap kerja berniaga ni sungguh enjoy
kerana tak sangkut paut dengan sesiapa.
Untuk kakak-kakak yang pakai kemas bergaya kerja pejabat,
janganlah pandang rendah sangat pada orang yang berniaga tepi jalan. Hakikatnya
poket mereka lebih tebal dari poket kamu yang sentiasa kering di tengah bulan.
Kadang-kadang orang yang sombong adalah orang mendapat
sedikit nikmat tetapi bermegah-megah dengan nikmat yang sedikit itu
Moralnya jangan pandang rendah dengan pekerjaan orang lain,
boleh jadi rezeki yang halal mereka itu lebih berkat daripada gaji kita. Rezeki
yang diberkati sentiasa cukup walaupun nampak tak seberapa..