Lewat petang semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu
Bakar telah pun mengeluarkan kenyataan bahawa insiden pergaduhan di Low Yat
tempoh hari sama sekali bukan berpunca daripada penipuan tapi sebaliknya
melibatkan kes curi.
Tak apalah biar pihak polis lakukan tugas mereka. Apa yang
kami nak kongsikan ialah luahan sayu guru kepada lelaki yang terlibat dengan
insiden pergaduhan terbabit.
Menurut guru ini, dirinya cukup sedih dengan tindakan bekas
pelajarnya itu yang bernama Jimmy (berbaju belang merah putih).