Siapakah Melati?
Sebut sahaja nama Melati pasti pelajar UiTM Sabah tahu dan kenal. Melati adalah seorang pelajar UiTM Sabah yang masih belum graduate lagi sehingga hari ini, ini kerana kesetiaannya kepada UiTM Sabah.
Dahulunya, Melati ini merupakan seorang pelajar UiTM Sabah yang menetap di blok B dan C. Pada asalnya blok B dan C ini adalah blok untuk pelajar wanita, disebabkan golongan wanita ini lemah semangat pihak pengurusan UiTM Sabah telah menukarkan blok B dan C kepada hostel penginapan pelajar lelaki.
Diceritakan Melati ini telah membunuh diri dengan memotong urat nadi di pergelangan tangan lalu menyembunyikan dirinya di dalam sebuah almari. Bayangkan Melati menutup rapat mulutnya menahan sakit sambil air mata berjujuran jatuh diantara kesedihan hatinya dan juga kesakitkan akibat pendarahan yang tidak henti. Akhirnya, setelah beberapa ketika bergelut antara hidup dan mati maka terpisahlah roh dan jasad Melati.
Dikatakan, ramai pelajar UiTM Sabah telah diganggu oleh roh Melati.
Betul ni, dulu anak aku pun study dekat UiTM di KK. Dia cakap memang selalu ada gangguan di kawasan hostel dan juga lecture hall, macam-macam yang lihat dan dengar sewaktu 3 tahun belajar di sana namun dia orang buat tak tahu je sebab dah biasa. - Kamala MalaAda juga kisah seorang pelajar junior yang berlagak berani diganggu oleh roh Melati.
Kalau aku jumpa Melati aku minta nombor ekorlah! Boleh kena jackpot nanti kita pergi aramaiti! HAHAHA! - Pelajar barlagak beraniKeesokkan harinya, dia berdiri tercegat di hadapan bilik pelajar senior dan mendakwa bahawa dirinya telah ditampar oleh tangan ghaib dan terlihat satu jasad yang sedang melompat-lompat dan tidur di sebelahnya.