Ridzuan Hashim atau nama sebenar, Mohd Ridzun Hashim, 54,
dan bekas isterinya, Didie Alias, 41, terima menantu sulung dalam majlis di
Shah Alam, semalam, 8 Ogos 2015 memetik laporan HarianMetro
Anak sulung mereka, Nur Dhaniyah, 22, selamat diijabkabulkan
dengan Mohd Razi Shahriman Sabari, 29, tepat 10.30 pagi. Nur Dhaniyah menerima
wang hantaran RM15,000 dan mas kahwin, RM300 berserta tujuh dulang hantaran
daripada pihak pengantin lelaki.
Mereka juga dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan
dengan sekali lafaz.