Umum mengetahui yang pelakon popular Fasha Sandha mempunyai
sepasang cahaya mata hasil perkahwinan dengan suaminya Rizal Ashram Ramli atau
Jejai.
Menerusi perkahwinannya dengan Rizal Ashram Ramli pada April
2012, mereka dikurniakan Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemaima. Fasha
kini dilihat begitu bahagia meniti fasa indah dirinya bergelar isteri dan ibu.
“Alhamdulillah, saya memanjat kesyukuran atas kehidupan ini.
Hidup rasa gembira dan meriah dengan kehadiran dua anak yang melengkapkan
kehidupan. Rasa sempurna diri ini sebagai wanita,” jelasnya yang turut mengakui
kini sedang berusaha untuk mendapatkan berat badan ideal.