KUALA LUMPUR: Berikutan satu kenyataan kontroversi yang
dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman yang
menegur pihak di Lembaga Penapisan Filem (LPF) agar tidak berfikiran sempit
mengenai isu babak-babak berpelukan dalam filem , Ustaz Kazim Elias melalui
Facebook pagenya membidas kembali kenyataan terbabit.
Menurut UKE dalam status tersebut, UKE menegaskan yang haram
tetap haram walaupun sekadar lakonan.
Sebelum ini, Datuk Seri Azalina Othman berkata isu mengenai
adegan pasangan bercinta berpegangan tangan atau berpelukan tidak perlu
diperbesarkan memandangkan ianya sekadar lakonan yang tidak mengundang maksiat
terhadap penonton.
"Isu ini dah jadi agak merepek kerana sesebuah drama
atau filem merupakan industri kreatif dan apa yang dipaparkan di televisyen
adalah sebuah lakonan.
"Kalau nak cakap babak-babak itu (berpelukan) boleh
mengundang perlakuan tidak senonoh, rasanya tidak perlu medium televisyen,
(kerana) di internet, hanya di hujung jari saja sudah boleh mempengaruhi
masyarakat.