Dubai: Gambar Lamborghini Veneno ini yang dirakam di hangar
Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai bukan sahaja antara kereta paling jarang
dilihat di dunia, tetapi juga paling mahal.
Setakat ini hanya sembilan buah kereta itu dikeluarkan.
Dengan harga AS$4.4 juta (RM18.54 juta) sebuah, sudah pasti
kereta itu hanya mampu dimiliki mereka yang kaya terlampau.
Selain keluarannya yang amat terhad, yang menjadikan Venono
ini lebih menarik ialah rekaan semula bentuknya, transmisi ISR yang sudah
diubah suai dan enjin yang ditala khas 6.5 liter V-12 yang mampu menghasilkan
750 kuasa kuda.
Menurut laporan majalah Carbuzz semalam, kereta itu dibeli
oleh seorang jutawan Arab untuk dihadiahkan kepada kekasihnya.
Laporan itu bagaimanapun tidak mendedahkan nama jutawan
terbabit.