Raja Farah dan Iskandar Ismail nampak seperti pinang dibelah
dua. Senyuman pun tampak lebih kurang sama. Memang seiras sangat-sangat wajah
pasangan pengantin baru ini. Semoga masjid yang dibina akan berkekalan sehingga
ke akhir hayat. Suka Abang Nara melihat pancaran sinar kebahagiaan di wajah
mereka berdua.
Malam semalam, satu majlis berinai dan bersiram telah pun
diadakan sempena majlis pernikahan yang telah berlangsung hari ini. Seronok
juga tengok pengantin perempuan kena siram-siram ini.