Semalam, perhimpunan ‘baju merah’ telah dijalankan bagi
melawan semula Bersih 4.0. Tidak kurang hebatnya juga perhimpunan baju merah
ini. Ramai juga yang berpusu-pusu membanjiri ibu kota semalam.
Namun, ada perkara yang terjadi disebalik kemeriahan
perhimpunan tersebut. Difahamkan, segelintir daripada mereka yang menyertai
perhimpunan merupakan orang kampung yang telah ditipu oleh individu yang tidak
bertanggungjawab.
Apa yang lebih menyedihkan lagi, mangsa merupakan
orang-orang tua yang dipercayai ingin ke ibu kota kerana ingin menyambut hari
Malaysia. Namun, apabila tiba di Kuala Lumpur mereka diarahkan untuk memakai
baju merah dan berarak mengelilingi kota tersebut.