-->

Ate Speking Le Bior Deme Satu Dunia Paham - Respon Yuna Apabila Peminat Minta Tweet Dalam Bahasa Melayu

Yunalis Zarai nama yang tidak asing lagi di Malaysia. Penyanyi kelahiran Perak ini lebih dikenali dengan nama Yuna. Seperti mana yang kita tahu Yuna ini cukup terkenal di Amerika Syarikat dan pernah juga bergadung dengan nama-nama besar dari negara Uncle Sam itu.


Antara mereka yang pernah bergandingan dengan Yuna adalah Usher dan Owl City. Itu memang sesuatu yang amat membanggakan industri muzik tempatan.

Sekarang ini, Yuna sedang bergiat aktif di laman sosial Twitter untuk mempromosikan album terbaru beliau. Memandangkan peminat Yuna terdiri dari peminat luar dan tempatan maka, Yuna menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantaraan.

Namun, ada peminat Malaysia yang menerusi akaun Twitter meminta agar Yuna menggunakan Bahasa Malaysia dalam laman sosial Twitter tersebut.  


Dan ini pula respon dari Yuna yang menarik perhatian ramai orang. Respon yang diberikan Yuna dalam loghat Perak amat mencuit hati netizen.

Memang Yuna tu orang Malaysia, tapi kita kenalah ingat bukan rakyat Malaysia je jadi peminat dia. Ramai lagi orang luar yang meminati Yuna, jadi memang wajar lah kalau Yuna nak mengunakan Bahasa Inggeris sebagai medium untuk berkomunikasi dengan peminat.

Lagi pun, kan ramai orang Malaysia yang celik Bahasa Inggeris. Tak gitu?
-->

0 comment... add one now