Redza tidak pernah digosipkan dengan mana-mana wanita sebelum ini. Namun, baru-baru ini dia telah digosipkan bersama Izreen Azminda kerana ramai yang melihat Izreen kerap memuat naikm gambar mereka berdua ke laman sosial Instagram milik Izreen sendiri.
Walaubagaimanapun, Redza menafikan bahawa mereka sedang bercinta. Mereka hanya rapat kerana kerjasama dalam menjayakan drama Kak Marr dan dia juga menyatakan bahawa hubungan mereka hanyalah sebagai kawan. Redza turut menambah bahawa mereka juga sudah jarang berjumpa.
Saya selesa berkawan dengannya kerana Izreen peramah dan mudah berkerjasama. Kami hanya kawan dan tiada perasaan cinta. Selepas penggambaran drama itu berakhir, kami sudah jarang bertemu, Hanya sesekali kami bertanya khabar menerusi mesej.
Mungkin disebabkan saya tidak pernah rapat dengan wanita lain, ia mencetuskan isu apabila saya dilihat beberapa kali bersama Izreen.
Begitulah penjelasan dari tuan empunya badan...