Kejadian yang berlaku
di masjid milik komuniti di kawasan tersebut telah mengejutkan masyarakat
setempat apabila masjid tersebut telah diconteng dan beberapa cermin telah
dipecahkan. Difahamkan, bangunan tersebut telah dijaga dan tidak disentuh oleh
mana-mana sentimen sejak 4 tahun yang lalu malah dihormati masyarakat disitu.
Berikutan vandalism tersebut
berlaku, beberapa masyarakat melibatkan diri bagi bergotong-royong membersihkan
dan membaiki masjid tersebut seperti sediakala. Tindakan mereka sememangnya
sungguh mulia. Tahniah masyarakat Cold Lake dengan tingkah laku dan moral yang
sungguh terbaik dimata kami.