Setelah kejadian seorang remaja ditelanjangkan oleh orang
kampung telah membutkan seorang ibu kepada remaja tersebut luluh hatinya kerana
tindakan menelanjangkan remaja tersebut terlalu keterlaluan. Difahamkan, remaja
tersebut dihukum sebegitu kerana telah didapati mencuri sebuah motosikal
berdekatan masjid tersebut.
Meskipun remaja tersebut bersalah, ibu remaja tersebut
menyatakan orang ramai tidak berhak memperlakukan sebegitu kerana ianya membabitkan
maruah keluarganya serta tindakan tersebut sangatlah bertentangan dengan ajaran
islam.
Tambahan lagi, kes tersebut juga disiasat dibawah seksyen
509 kanun keseksaan dengan kesalahan mengaibkan yang boleh menyebabkan hukuman
lima tahun penjara atau denda atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.