Majlis yang bakal berlangsung pasti sungguh meriah. Tengok persiapannya
sahaja sudah terbayang kemeriahan majlis perkahwinan TMJ dan isterinya Puan
Khaleeda yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Difahamkan, pengantin diraja ini akan menuju ke istana besar
johor dari Istana bukit Serene dengan
menaiki kereta tanpa bumbung. Selain itu juga, rakyat johor juga berpeluang
menyaksikan istiadat perkahwinan tersebut melalui sebuah skrin besar yang
disediakan di laluan yang disediakan sepanjang 3 kilometer.