Kejadian yang telah menjadi viral di media sosial berikutan
satu rakaman video pembuli yang membelasah seorang pelajar di sekolah. Baru-baru
ini, lima pelajar daripada 6 pelajar yang terlibat dalam video tersebut telah
mengaku bersalah dan serah diri kepada pihak polis terhadap tuduhan membelasah
pelajar 11 tahun di sebuah asrama anak yatim. Kelima-lima tersebut berusia
dalam lingkungan 13 hingga 16 tahun.
Kelima-lima pesalah tersebut telah didakwa dibawah seksyen
17 kanu keseksaan kerama mendatangkan kecederaan kepada mangsa secara
berkumpulan yang berlaku pada 31 Mei dan 1 Jun yang lalu. Mereka bakal berdepan
hukuman penjara sehingga 2 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Mereka berlima diarahkan dikenakan RM500 setiap seorang
sebagai jaminan sebelum mengeluarkan waran tangkap kepada pelajar yang tidak
menghadirkan diri ke mahkamah. Mahkamah juga menetapkan 24 Disember depan
sebagai tarikh menjatuhkan hukumann sementara menunggu laporan akhlak Jabatan
Kebajikan Masyarakat Perlis