-->

Asyik Berkepit Dengan Emma Maembong - Peminat Nasihat Zizan


Zizan merupakan artis yang sekarang ini meletup-letup dengan pelbagai tawaran dan persembahan. Pada hari Jumaat yang lepas Zizan mengejutkan peminat tanah air apabila muncul dalam dua acara yang bersiaran langsung.

Acara pertama adalah, Muzik-muzik separuh akhir dan acara kedua adalah Maharaja Lawak Mega 2014.

Namun, dalam kesibukan itu, Zizan masih lagi sempat berkongsi gambar dia meluangkan masa bersama dengan kekasih hatinya, Emma Maembong.

Dikatakan Zizan akan bersama dengan Emma ke mana sahaja sehinggakan ada seorang peminat yang tampil dengan nasihat untuk Zizan.
Zizan, pesanan ikhlas. Baik nikah cepat-cepat dengan Emma dari sokmo berkepit lepas tu tunjuk dalam fb. Kalau kepit sokmo tak tunjuk tak apa. Takut-takut orang hok minat tu lama-lama meluat. Fans Zizan jangan hentam saya, peace! - Erna Eyna


Sebagai peminat kita semua kenalah sabar. Lihat keadaan Zizan sekarang ni, sibuk memanjang. Mungkin dia sedang pulun habis-habisan untuk mencari duit untuk berkahwin.

Nak kahwin bukan kerja mudah, banyak yang perlu disediakan. Marilah kita mendoakan agar pasangan ini dimurahkan rezeki dan segera berkahwin. Aminn, in shaa Allah.
-->