Punca Sebenar Budak 3 Tahun Dibunuh Di Beaufort
UnknownBeaufort - Suspek kes pembunuhan kanak-kanak berusia 3 tahun, Mohd Shahriqal Sidek mengaku menampar mangsa berkali-kali sehingga mangsa pengsan lalu dia mencampakkan mangsa ke anak sungai Kampung Jempangah, Beaufort pada Jumaat yang lalu.
Hasil siasatan awal mendapati dendam terhadap keluarga mangsa merupakan motif utama kes pembunuhan ini. Suspek yang berusia 30-an itu mengaku melakukan perkara tersebut termasuk mencampakkan mangsa ke anak sungai berdekatan dengan Sekolah Menengah St John, kira-kira 7 kilometer dari kawasan mangsa dilaporkan hilang.
Kira-kira selepas 56 jam mangsa dilaporkan hilang, dia ditemui dalam keadaan yang amat menyayat hati dan mengembung.
Suspek turut mendedahkan bahawa mangsa sering kali mengejeknya sehinggakan dia amat berang terhadap mangsa.
Kini suspek direman selama seminggu bermula semalam bagi membantu siasatan.
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →