Tiada khabar angin tub-tub
pelakon dan pengacara Yatt Hamzah menfailkan penceraian terharap suaminya
sebulan yang lalu.
Nampaknya
kepulangan Pelakon Yatt Hamzah dari misi kemanusiaan di Syria pada
akhir Februari lalu membawa satu perubahan positif bagi dirinya apabila
mengakui menyesal dengan tindakannya memfailkan kes perceraian.
Yatt
menyifatkan tindakannya itu adalah tidak wajar kerana masalah rumah tangga yang
dihadapi masih boleh diselamatkan malah dia juga memberitahu bahawa masalah
yang dihadapinya tidak seteruk mana pun jika dibandingkan dengan perkara lain.
“Sebagai seorang manusia biasa
kita tidak terlepas daripada melakukan kesilapan, begitu juga saya yang tidak
sempurna. Bila saya ke Syria barulah saya sedar bahawa masalah rumah tangga
saya hanya masalah kecil jika ingin dibandingkan dengan wanita di Syria”
“Tindakan itu membuatkan saya
malu dengan diri sendiri yang cepat melatah dengan membawa masalah rumah tangga
saya yang tidak seberapa ini ke mahkamah. Balu-balu wanita disana terlalu tabah
hingga mereka tidak mahu berkahwin lain semata-mata untuk bersama suami di
syurga nanti,” mStar Online.
Jelasnya,
dia kini melihat suaminya sebagai satu-satunya lelaki yang ditakdirkan Allah
untuk melindungi keluarganya sepanjang hayat.
“Saya sedar hanya dia
sahaja lelaki terbaik yang telah ditakdirkan untuk saya. Insya-Allah doakan
yang terbaik agar kami terus bersama sebagai suami isteri,” katanya.