Menakjubkan! Seorang bayi lelaki dilahirkan dengan TANDA
LAHIR ANGKA 12 di dahi dan mengejutkan orang ramai. Doktor juga keliru
dengan kejadian yang dilihat sebagai aneh dan pelik untuk diterima akal kerana
angka yang tertera adalah dalam bentuk yang cukup sempurna.
Hanru Van Niekerk dilahirkan 11 November lalu di mana Hanru
dijangka lahir pada 12hb. Pada mulanya keluarga Hanru tidak menyedari tentang
kemunculan tompokan merah bernombor 12 sehingga lah anak perempuan mereka
melihat dan mengatakan ada nombor 1 dan 2 di dahi.
Menurut keluarga Hanru, mereka tidak bimbang mengenai tanda
merah tersebut kerana menurut doktor, tanda tersebut akan pudar.