-->

(8 Gambar) Gelagat Dan Ragam Anak Romie Dengan Hanez Suraya Yang Sungguh Mengejutkan


Umum mengetahui yang baru-baru ini berlangsungnya perkahwinan Hanez Suraya dengan tunangnya Romie, bahkan sewaktu perkahwinan berlangsung 2 anak lelaki Romie hadir bersama untuk merai hari berbahagia ayahnya.

“Ok mummy tersepit,” begitulah kata-kata manja Hanez Suraya, 30, apabila dihimpit oleh dua anak tirinya. Nampaknya, selepas mendirikan rumah tangga dengan Romie Razin Adilha pada 14 Mac lalu di Masjid Putra, Putrajaya, Hanez dilihat semakin selesa dan gembira menggalas tugas sebagai seorang isteri dan ibu.

Malah foto dan video yang dikongsi oleh Hanez melalui laman sosial jelas memperlihatkan betapa manjanya anak-anak Romie, iaitu Putra Adreeshah, 9, dan Putra Rayqashah, 3, disamping Hanez. Siap tunggu Hanez pulang ke rumah dan buat kejutan tepi pintu lagi. Ha ha..!

Apa-apapun, moga kebahagiaan Hanez itu kekal hendaknya. Bak kata pepatah, buang yang keruh, ambil yang jernih. Tak gitu?


Jom intai keakraban anak-anak Romie dengan Hanez Suraya yang membuatkan anda terkejut, walaupun bergelar ibu tiri Hanez tetap melayan anak-anak Romie macam anak-anaknya sendiri.










Credit : http://akudahcakap.blogspot.com
-->