-->

(5 GAMBAR) Pelajar Dibelasah 30 Pelajar Senior


GURUN, 19 APRIL - Seorang pelajar tingkatan 1 mendakwa dipukul kira-kira 30 orang pelajar senior di sekolah agama di Pokok Tai, Pendang. Mangsa, Muhammad Ammar Aqil Zainudin 13 yang berasal dari Taman Ria Mesra mendakwa dirinya dipukul dari pukul 12 tengah malam hingga 1.30 pagi di bilik pelajar senior berkenaan.

Kejadian dikatakan berpunca dari mangsa dituduh mencuri dompet yang berisi wang sebanyak RM 60 milik seorang pelajar tingkatan dua.

Menurut mangsa, dia menjumpai dompet tersebut di padang sekolah kira-kira 6.30 petang Jumaat 17 April dan menyimpan dompet tersebut sebelum menyerahkan kepada pemiliknya.
Mereka (senior) minta dompet itu dan saya serahkannya sekali dengan wang. Tetapi mereka pukul saya, tumbuk saya diseluruh badan, tampar muka, libas dengan tuala, bakar rambut dan gunting rambut saya sampai botak. - Ammar
Setelah dibelasah, Ammar menjelaskan dia diletakkan di luar bilik senior dan terpaksa merangkang untuk balik ke biliknya dalam keadaan lemah. Mangsa turut diugut supaya tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak sekolah mahupun ibu bapa nya sendiri, jika tidak mangsa akan dibelasah sekali lagi.

Zahari Haris, 43 bapa saudara Ammar berkata bapa Ammar mengetahui perkara itu apabila beliau melawat anaknya kira-kira 8 pagi pada hari yang sama. Ammar kemudiannya dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani untuk membuat pemeriksaan lanjut dan mendapati tiada luka dalaman yang dialami mangsa. Hanya kesan lebam dan bengkang pada peha, muka dan belakang badan.

Zahari turut berkata satu laporan polis mengenai kejadian itu telah dibuat di Balai Polis Gurun kira-kira 2.30 petang. Ketua Polis Daerah Pendang, DSP Abdul Aziz Ahmad yang dihubungi turut mengesahkan laporan itu telah diterima oleh pihaknya. - BERNAMA






Kredit Gambar - The Hype Media
-->