Umum mengetahui yang Romie Razin Adilha suami kepada pelakon
Hanez Suraya berjanji untuk membawa pelakon ini ke Tanah Suci Mekah untuk
menunaikan umrah selepas mereka di satukan.
Pelakon Hanez Suraya sekarang berada di Tanah Suci Mekah
untuk mengerjakan ibadah umrah.Sebelum ini suaminya Romie Razin Adilha pernah
berjanji untuk membawa Hanez ke Mekah sebagai salah satu destinasi bulan madu
dan akhirnya janji tersebut telah dikotakan.
Memuat naik foto bertudung semasa di Madinah, ramai peminat
yang memuji kemanisan wajahnya ketika menutup aurat dan berharap beliau akan
kekal berhijab apabila pulang ke Malaysia nanti.
Syukur beliau telah diberi peluang untuk menjadi tetamu
Allah SWT. Buka lembaran baru dan doakan agar Hanez Suraya diberikan kesihatan
yang baik di sana untuk menunaikan ibadah. Semoga beliau mendapat seribu satu
keberkatan.
Apa lagi lihat beberapa keping gambar Hanez Suraya di
kota Mekah yang sempat di rakam untuk tatapan semua peminat beliau di Malaysia.