Keluarga Allahyarham Nik Aziz Nafi Pagar Di Kubur Ini Dibina
Pihaknya | Susulan daripada tersebarnya
gambar yang memaparkan kubur telah dibina pagar bertutup, anak kepada Mursyidul
Am PAS Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menafikan dakwaan
kononnya ia memang sengaja dipasang oleh ahli keluarganya.
Anak lelaki Allahyarham, Nik Mohamad Abduh menyatakan pagar
tersebut telah dipasang oleh penduduk kampung yang juga bekas murid Allahyarham
Nik Aziz tanpa pengetahuan mereka sekeluarga.
“Saya ingin menjelaskan bahawa binaan itu telah dibina oleh
individu penduduk kampung dan murid ayahanda tanpa pengetahuan pihak kami
sekeluarga.
“Tujuannya baik iaitu untuk mengelak perbuatan bidaah yang
jahil bertentangan ajaran Islam, seperti mengambil tanah untuk tujuan berkat
yang hakikatnya adalah sesat,” katanya.
Walaupun orang yang memasang binaan tersebut bertujuan baik
tetapi pihaknya tidak bersetuju dengan binaan tersebut dan telah membuat
keputusan untuk memindahkan pagar tersebut pada kadar segera.
“Kami sepakat bahawa ia diletakkan dengan status sementara
atas maslahat di atas. Ia akan dipindahkan dalam tempoh terdekat insya Allah,”
katanya.
Pihak keluarga akan mengekalkan kubur Allahyarham dengan
binaan batu nisan tanpa ada sebarang binaan lain di sekitar kawasan makam
tersebut.
Credit : http://akudahcakap.blogspot.com
Credit : http://akudahcakap.blogspot.com