-->

Perkara Yang Membuktikan Ahmad Maslan Tidak Bodoh


Ramai yang tidak berpuas hati dan mengecam sejak laksananya cukai GST oleh kerajaan bermula awal April 2015 lalu. Akibat kenyataan yang dikeluarkan oleh salah seorang menteri tersebut menambahkan lagi kemarahan akibat tertekan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat oleh rakyat malaysia.

Akibat tertekan, ramai yang mula menghentam Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan melaui laman media sosial. Tindakan tersebut yang menghentam menteri tersebut adalah berikutan banyak kenyataan yang tidak masul akal dan diketogorikan sebagai “b0d0h” yang dikeluarkan menteri tersebut.

Namun tahukah anda menteri tersebut sebenarnya tidak sebodoh yang disangka orang ramai. Jom tengok antara sebab kenapa Ahmad maslan adalah tidak sebodoh yang disangkakan.
  
  1. Ahmad Maslan merupakan graduan Victoria University Wellington New Zealand. Turut membuat Master Di Universiti Kebangsaan Malaysia. Pelajar terbaik daripada 177 orang. Beliau juga seorang yang berpointer tinggi iaitu 3.85.

  2. Selain itu juga, Ahmad Maslan seorang yang pandai memasak, ramai yang tak tahu, ketika beliau belajar di New Zealand, beliau memasak sendiri kerana di New Zealand, mereka dikenakan GST 10%. Kalau nak dibandingkan dengan Malaysia 6%, apalah sangat bagi Ahmad Maslan, maklumlah, Ahmad Maslan sekarang dah jadi menteri, lagipun gaji menteri kini telah dinaikkan. Ahmad Maslan bukanlah lagi pelajar luar negara, dia tidak lagi perlu berjimat.


 3. Ramai mengatakan kejendulan Ahmad Maslan seperti Beruk Charles Darwin, namun tidak kah rakyat jelata tahu bahawa, kejendulan dan ketiadaan rambut Ahmad Maslan adalah kerana memikirkan teknik reverse engineering yang dicadangkan sahabatnya demi memartabatkan GST. Oleh itu, Ahmad Maslan bukan biasa-biasa.
-->