BEBERAPA hari lalu, seorang lelaki maut selepas dibelasah
teruk penduduk kampung kerana disyaki mencuri lembu di Kampung Pengkalan Maras,
Terengganu.
Mangsa yang tinggal di Kampung Chendering kemudian dihantar
ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk rawatan kecemasan, namun disahkan
meninggal dunia jam 3.30 petang 14 April 2015.
Hari ini, seorang pengguna laman sosial tampil menceritakan
kejadian sebenar.
Menurutnya, tindakan menghukum mangsa dengan memukulnya
adalah terburu-buru kerana kejadian itu hanya berpunca daripada salah faham.
Menurut laporan media, 5 suspek terdiri daripada penduduk
kampung yang dipercayai telah memukul mangsa kini sudah ditahan polis.