Ah sudah, ingatkan pelakon lelaki berbadan sado digilai
ramai wanita ini tidak dibenci orang, rupanya ada juga.
Terbaru, seorang peminat yang menggunakan nama 'Manusia
Halimunan' mendakwa pelakon watak utama drama Rindu Awak 200% itu melemparkan
kata-kata kurang enak pada dirinya ketika mahu bergambar dengan artis itu di
KLIA 2.
Difahamkan, individu itu mahu bergambar dengan artis
'kesayangan' nya itu sejurus selepas Zul Ariffin tiba di KLIA 2, yang baru
pulang bercuti dengan kekasihnya, Gayatri.