Baru-baru ini berlangsungnya Majlis Resepsi Lana Nodin &
David McKenzie yang berlangsung penuh meriah dan dihadiri saudara mara dan
rakan taulan.
Majlis resepsi Lana Nodin dan juga David McKenzie yang telah
sah bergelar suami isteri pagi tadi telah diadakan di hotel Hotel Palace of The
Golden Horses, Seri Kembangan Selangor.
Pasangan ini telah selamat dinikahkan oleh Mohd Ramizi Ramli
Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid Al Islah Serdang Raya, Seri Kembangan dan
diwalikan oleh ayah kandung Lana sendiri, iaitu Encik Hasan Nodin bin Mohd
Zaidi dengan mas kahwin bernilai USD10000 atau RM 32000.
Majlis yang cukup meriah tersebut turut dihadiri keluarga,
tetamu dan juga rakan selebriti yang lain. Menurut Lana sebelum ini, dia
mengakui dirinya ralat untuk meninggalkan dunia seni selepas berkahwin kerana
bakal menghabiskan masa bersama suaminya ke luar negara.