Selepas 11 Bulan Kerja, Wanita Ini Mampu Beli Rumah Di Usia
Muda | Tanpa lengah, sebaik saja terpandang coretan wanita cekal
ini, saya terus private message dan pinta kebenaran beliau untuk memaparkan
perjalanan hidup penuh cabaran di usia muda. Hanya satu kata yang terungkap
saat terbaca coretan Cik Hafizah Wanasan. Anda memang seorang wanita cekal!
Saya akui, kelihatan beliau seorang wanita yang hebat dan
gagah. Hehe. Mana tak nya, beli lot rumah dengan usaha sendiri, dari A to Z.
Buat baikpulih rumah dan kereta, berurusan tawar menawar semuanya sendiri.
Status dan kudrat sebagai seorang wanita muda bukan lagi alasan untuk kita
tidak berjaya tau. Saya faham rasa jatuh bangun Cik Hafizah kerana saya pun
pernah alami macam-macam cabaran hidup sebelum capai impian. Kami, para wanita dah
jadi seperti “hulk” apabila sudah mula mampu membuat kerja-kerja lelaki. Hehe.