KUALA LUMPUR - Sepasang suami isteri dan bayi mereka maut
dalam sebuah kemalangan yang disebabkan oleh sekumpulan kereta berlumba haram
di lebuh raya.
Dalam kejadian yang berlaku pada jam 12.00 ke 1.00 pagi malam
tadi, kereta Pejero Sport pasangan suami isteri dan bayi mereka yang berusia 6
bulan maut dalam kemalangan berkenaan.
Difahamkan, kejadian berpunca dari tindakan 6 buah kereta
Perodua Myvi yang berlumba secara haram di lebuh raya.Duke dari arah Damansara
melanggar kereta mangsa sehingga terbalik dan ketiga-tiga mangsa tercampak
keluar dari kereta.
Pemergian pasangan terbabit meninggalkan dua anak
perempuannya menjadi anak yatim piatu.
Menurut sumber, salah sebuah dari 6 kereta Perodua Myvi
terbabit dari Familia Myvi Club telah menyerah diri di balai polis berhampiran.
Manakala 5 lagi pemilik Myvi yang terlibat sedang dikesan.