-->

Perangai Pelik & Pesanan Terakhir Arwah Fairuz Sebelum Meninggal Dunia.


Beliau berkata kemalangan itu berlaku selepas arwah menghantar dua anaknya iaitu yang sulung Nur Firuza Amira, 7, dan kedua, Nur Firuza Aqila, 4, di rumah nenek mereka di Putrajaya.

Muhammad Faizznur berkata sebelum kejadian itu arwah yang memiliki sebuah syarikat pengurusan acara di Bangi, banyak mendiamkan diri. Fairuz Nizam, 35, dan isteri Nova Safitri Azhari, 25, serta bayi perempuan Nur Firuza Annisa, berusia tujuh bulan maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan pada 1.05 pagi.

Kereta Pajero yang dipandu Fairuz Nizam, yang berada di lorong tengah dipercayai digesel dari sebelah kanan oleh sebuah kereta Myvi, lalu terbabas ke sebelah kiri sebelum dilanggar sebuah lagi kereta Myvi yang berada di lorong kiri. Akibatnya, kereta Pajero itu berpusing beberapa kali dan menyebabkan mereka tercampak di atas jalan.

'Arwah pernah berpesan dan amanahkan kepada saya dan adik-beradik supaya menjaga isteri, anak-anaknya serta syarikat miliknya setelah dia meninggal dunia," kata adik bongsu Allahyarham Fairuz Nizam Husain, 35, yang maut dalam nahas membabitkan tiga buah kenderaan di Km 6.2 Lebuhraya DUKE, di sini.



Muhammad Faizznur Asyraf Husain, 25, berkata itulah pesan terakhir arwah abangnya dua minggu lalu sebelum terlibat dalam nahas, pada awal pagi tadi.

-->