-->

Lana Nordin Tidak Akan Maafkan Netizen Selepas Status Anak Dipersoal

Setelah Lana Nordin berkongsi berita gembira yang dia dan suami telah mendapat cahaya mata, Lana Nordin terus menerima kritikan dari netizen. Kali ini lebih pedas lagi kerana ada sebahagian netizen yang mempersoalkan status anak yang baharu sahaja dia selamat lahirkan.


Apa yang membuatkan Lana berang ialah ada yang mempersoalan status puteri nya dengan siap mengira dari tarikh pernikahan Lana dan suami sehingga lah tarikh lahir puteri nya itu. Perghhh, hebat betul cara orang Malaysia ni menyiasat hal orang kan?

Ada juga yang secara terang-terangan menulis komen di laman instagram Lana Nordin dengan menyatakan bahawa Lana sudah pun mengandung semasa dia berkahwin.

Namun, tidak semua komen di laman instagram Lana Nordin berbau negatif, ada juga beberapa pengikut instagram Lana yang memberikan komen positif kepada pasangan yang baru sahaja menimang cahaya mata itu.



Namun kali ini Lana Nordin tidak mendiamkan diri, dia juga turut membalas komen-komen negatif yang dilemparkan kepada anaknya yang baharu lahir itu.


Berikut adalah komen penuh Lana Nordin :
Ni la manusia... bila kita dah share berita, macam2 spekulasi macam2 benda buruk akan keluar...tak boleh ke tumpang gembira utk kami sekeluarga???ini baru je dlm my insta... dlm blog, social media yg lain??...macam2 duk jaga tepi kain cari mane silap nak jadi keyboard warrior...apa motif duk kira bulan la tarikh kawin bagai apasal??so ada point korang nak menuduh or buat citer lagi panas lagi laris gossip tu??
Just FYI pada sesiapa yg komen buruk pasal anak i bukan saje di sini malah di blog2, di social media yg lain, sy dan suami takkan maafkan anda sehingga la hujung nafas kami selagi anda tak minta maaf terang2 seperti mana anda buat keputusan nak jadi keyboard warrior sangat walupun sebesar zarah terdetik pasal buruk anak atau maruah keluarga sy... 
Before this, org mengata, mengutuk sy, sy boleh telan dan move on,,,but this time pasal anak sy, I WILL NO LONGER BE QUITE!!...Why can you just be happy and doa yg baik2 for us instead sibuk cari buruk org? To all bloggers, keyboard warrior also, we want to say tq for ur speculation and mean harm writing or comment.
Like i said, me and my husband will never forgive someone like u because ur buah mulut, fitnah yg merosakkan maruah anak tak berdosa. But to all my fans who really sincere to us, sy sekeluarga ucapakan terima kasih atas doa2 dan ucapan tahniah pada kami, insyAllah bile sampai masa yg sesuai, sy dan suami akan memperkenalkan baby Gia pada semua...terima kasih dan salam semua.  
Macam-macam hal dalam dunia hiburan ni. Yelah kan, Lana Nordin tu tengah gembira bila dah selamat lahirkan anak lepas tu muncul pula manusia-manusia yang cepat je nak komen yang bukan-bukan. Potong stim lah weii, mana lah dia tak berang.

Orang lain tengah gembira, jangan lah kita hancurkan kegembiraan orang tu. Dan jangan pula kita menghukum seseorang itu hanya dengan masa sillamnya, Ingat manusia itu boleh berubah dalam sekelip mata.

Peace no war! :)
-->

0 comment... add one now