Setelah hampir tiga tahun mendirikan rumah tangga, ada kata-kata yang mula kedengaran. Bilakah pasangan secocok ini akan dikurniakan cahaya mata? Adakah salah seorang daripada mereka mempunyai maslah kesihatan sehinggakan sukar untuk mereka mendapatkan zuriat?
Tambahan pula, adik Fizo yang baru sahaja berkahwin sudah memiliki seorang anak.
Fizo tampil menjawab segala spekulasi dan persoalan ini. Fizo nyata tidak cepat melatah dengan pertanyaan sebegitu dan menafikan dirinya dan juga isteri mempunyai masalah untuk mendapatkan zuriat, cuma belum rezeki mereka berdua untuk bergelar ibu dan bapa.
Bila orang terus menayakan soal ini selepas hampir tiga tahun berkahwin, jujur saya katakan tidak ada rasa marah atau malu untuk menjawab.
Kami tidak ada masalah kesihatan atau apa, cuma hal ini berbalik kepda rezeki. Tetapi dalam masa yang sama kami tetap berusaha. Buat masa sekarang juga kami sedang mendapatkan khidmat nasihat dari pakar dalam hal ini.
Walaupun tiada kehadiran anak kecil lagi yang mampu menambah seri dan kebahagiaan pasangan ini sebagai suami isteri, Fizo bagaimanapun tetap bersyukur dengan apa yang mereka perolehi atas kurniaan Allah.
Bagi sesetengah orang mungkin di usia perkahwinan sekarang dia sudah mempunyai zuriat, tetapi itu rezeki diayang saya tidak perlu pertikaikan. Sebabnya dalam waktu sekarang juga Allah sudah kurniakan kami dengan bermacam rezeki lain yang harus kami syukuri,
Ada betulnya apa yang Fizo cakapkan itu. Mungkin belum masa nya lagi untuk mereka berdua mempunyai cahaya mata oleh sebab mereka masing-masing sibuk dengan perniagaan masing-masing. In shaa Allah, bila sudah tiba masa yang sesuai Allah akan berikan apa yang mereka mahu.